Tuesday, March 10, 2015

Dunia Manusia



Ada yang tanya bila aku nak update ‘blog’.. Maaflah, lame menyepi.. aku bukan apa, aku sibuk sikit sekarang ni.. Oo ye, Alhamdulillah dan sujud syukur kepada Allah s.w.t kerana aku dapat menyambung lagi pelajaran aku.. Aku sekarang berada dalam Ijazah Sarjana Muda.. Dalam bidang Sistem Maklumat.. Doakan aku semua semoga aku dipermudahkan semua perjalanan dalam mengharungi rintangan dan cabaran yang mendatang. Aamin.
Okey, hari ni aku nak cerita tentang beruntungnya kita kerana ada Allah.. kenapa? Sebab Allah adalah tempat yang selalu ada tak kiralah di lautan hindi mana pun kita, Allah itu ada.. Allah melihat kita, Allah mendengar kita, Allah memerhati perlakuan kita, keluhan kita.. Cuma, mungkin kita saja tak pernah perasan dengan kewujudan Allah dek kerana diri mungkin terlalu mengejar nikmat duniawi yang hanya kita pinjam daripada Allah. Allahuakbar.
Beruntung lagi kita bila Allah selalu menguji kita dengan dugaan dugaan.. Kenapa? Itu bermakna Allah sayang kepada kita, Dia ingin kita berbalik kepadaNya, taat kepadaNya,merayu kepadaNya,meminta kepadaNya.. Untungkan? Allah ambik perhatian kepada kita. Teramat beruntung..
Jadi, kepada mana mana hambanNya yang bersedih hati, gelisah hati, susah hati, banyak banyakkanlah mendekatkan diri kepada Allah.. Basahkan lidahmu dengan berzikir.. Ingat! Jika taka da seorang manusia pun ingin mendengarmu, percayalah Allah ada untuk kau sujud.

Salam manis/Salam sayang dari saya : J

Monday, December 15, 2014

Apa yang kau fikir tentang kahwin?

Someone ask me in facebook, what do you think about married? Bagi akulah, perkahwinan tu adalah dua orang insan yang sanggup berkongsi segala rasa seumur hidupnya. Tak kiralah manis atau pahit.. yang penting tetap bersama hingga ke akhir hayat.
Lepas tu, bila kahwin ni mestilah ada kaitan dengan jodoh dan jugak cinta. Bila dah jodoh tu dah sah sah kita kena kahwin dengan si dia tu..walaupun kita tak kenal dan tak cinta langsung si dia.. tapi Allah dah kata ‘Dia amanah kau’.. jadi, mahu ke tak kau harus jaga dia seeloknya agak kau tak menyesal dengan amanah yang telah diberikan.. dan percayalah, jodoh tu sebenarnya ada dekat sangat dengan kau, Cuma kau je tak perasan sehinggalah sampai satu saat ketika Allah dah bukak pintu hati kau untuk melihat dia. Dan pada masa tu kau akan cakap kat dia ‘Laa, kau ke jodoh aku selama ni?’ kan, sweet gitu. Allah rahsia sekarang sebab nak kau rasa esaited bila kau jumpa jodoh kau. Jadi, sesiapa yang tak ada kekasih lagi tu, pandang pandanglah sebelah tu, mana tahu dia mungkin jodoh kau. Opsss.. tapi kalau kau lelaki pandang kawan kau yang perempuan ye.. nanti ramai ‘timbok’ aku sebab tersalah bagi tip.. heeee. Okey, habis dekat situ tentang jodoh.
Sekarang beralih pula pada cinta, cinta erm cinta.. sedalam mana pun cinta kau pada dia kalau Allah kata ‘NO! dia bukan untuk kau’ bermakna sedalam lautan hindi atau sebanyak bintang di langit sekali pun cinta kau pada dia, kau takkan dapat bersama dengan dia. Tapi, ada yang mengatakan bahawa kita boleh jugak mendapatkan dia dengan cara berdoa kepada Allah. Allah selalu mendengar permintaan kau jika kau betul betul bersungguh nakkan si dia. Satu bonus kepada kau jika jodoh yang kau dapat adalah orang yang kau cinta.. jadi kau harus bersyukur dengan apa yang Allah bagi. Aku tak banyak sangat info tentang cinta ni sebab aku belum pernah bercinta, jadi apa yang mampu aku kata:
            ‘Jika kau mencintai seseorang cintailah sepenuh hati, jangan sepenuh jiwa kau, kerana jika kau putus kau hanya sakit hati bukan sakit jiwa’
Kesimpulannya, jika kau seorang lelaki, setelah kau shake tangan tok kadi bermakna kau dah bersedia memikul semua tanggungjawab sebagai seorang suami. Jadi, apa apa pun yang kau dengan isteri kau harungi, kau harus matang dan sabar kerana permulaan perkahwinan ni memang banyak dugaanNya.
P/s: Tahniah, selamat pengantin baru, dan  selamat bertunang kepada semua kawan aku yang dah melangkah ke alam yang seterusnya tu. Semoga korang semua bahagia dan kekal hingga ke syurga. Doa daokanlah untuk aku juga, semoga cepat sampai jodoh aku, tak dapat anak tan sri, anak dato’ ok dah.. hahahaaha.. Peace.

Thursday, December 4, 2014

Dilema?

Alhamdulillah aku telah menamatkan diploma aku tahun ni.. dah selesai dah satu perjuangan aku untuk masa ni.. dan akan ke perjuangan seterusnya.. insyaAllah aku mampu lakukan yang terbaik.. Orang lain mampu buat, kenapa aku tak mampu? Semua orang mampu buat, apa yang penting usaha dan tawakal.. usaha itu penting.. aku pernah mendapat kata kata
   ' Kemahuan untuk berjaya itu perlu, tetapi keperluan untuk berusaha itu pasti
Okey, kenapa tajuk aku dilema.. sebab aku memang dilema? hahaha.. sebenarnya aku nak tukar bidang belajar aku.. Sewaktu aku diploma aku belajar dalam 'IM' iaitu Information Managment.. tapi bila aku nak masuk Ijazah Sarjana Muda ni, Aku rasa aku dah tak nak dah ambik IM.. aku nak ambik bidang lain pulak.. Mak sedara aku cakap ambiklah pendidikan sebab aku sesuai jadi guru..
Mak Bapak aku pulap kata teruskanlah IM nanti aku dapat jadi lecturer IM suatu hari nanti..
Dan aku pula, cita cita aku dari kecik aku nak jadi doktor..

Doktor? Hahaha.. macam tak sesuai je dengan aku.. tapi setengah dari kawan aku kata aku boleh je cuba sebab aku memang minat doktor.. aku pun banyak baca article dan bukubuku pasal medical ni..berbanding dengan buku buku bidang aku sendiri.. Sengetkan.. Memang pom..

So sekarang aku dilema, antara Lecturer? Guru? Doktor? yang mane aku kene pilih.. jeng jeng jeng.. cewahhhhh.. macam nak pilih bakal suami pulak rasa.. hahaha..  Oppss.. simpan gedikssss..

Bolehlah buat persamaan begitu nak pilih yang mane..
Lecturer - Sir Faiz (Oppss.. Ni kalau sir aku baca ni, makin luas dahi dia..heee.. Maaf Ampun sir!)
Guru - Cikgu Dot. Dot. ( Yang ni malas sebut nanti tak pasal kene baling kasut..sape yang sakit..aku jugak)
Doktor - Doktor Hamid ( Aumm.. hemsem sesangat wehhh.. tergoda. Jatuh jantung) hahahaa..

So.. kesimpulannya disini.. aku tak tahu nak pilih yang mane. :(

p/s: Sesape yang bace ni.. jangan terjeluwok ye.. hahahaah..
'

Monday, December 1, 2014

Allah rindu kau

Pernah tak kau merasa sedih secara tetiba tetapi tak tahu sebab apa yang menyebabkan kau sedih.. aku jugak pernah merasai semua tu.. rasa sedih yang tak mampu aku luahkan pada orang lain hanya diri sendiri paham erti sakit itu..
Apabila kau merasai semua itu, bermakna Allah nak kau bercerita dengannya.. Allah nak kau menangis depanNya kerana Allah rindu akan sikap manjamu.. Jadi,
Bila kau merasa sedih.. kau segerakanlah mengambil wudhuk dan solat.. pasti kau akan merasa tenang selepas tuu..

Thursday, August 21, 2014

Biarkan dia pergi

jangan ubah diri kamu jika dia tidak pernah untuk melihat keikhlasan dalam diri kamu.. jangan pernah berharap kepada dia jika dia buta dalam menilai erti sebuah perhubungan.. jangan pernah merendahkan egomu jika egonya juga terlampau tinggi,,

biarkan...
biarkan...
biarkan..

Akan ada hari hari yang dia sendiri akan mencarimu.. yang akan merayumu.. jika kini kau yang penat melayannya..yakinlah suatu hari nanti dia yang rebah untukmu..

'Selamat tinggal, kau'

Sunday, July 27, 2014

Kenapa?

Kadangkala sebagai manusia kita mesti akan timbul rasa kenapa? dalam diri kita.. kenapa ia dijadikan begitu..kenapa ia dijadikan begini.. Hinggakan kita penat nak fikir... betul tak? Aku jugak tak lari dari semua tu.. aku juga selalu berfikir kenapa?? kenapa perlu ada tu? perlu ada ni? kenapa perlu ada perasaan? banyak yang kita tanya dalam hidup ni..

betul tak?? Tapi kalau nak posotif, ikot je jalan cerita Allah tetapkan.. nanti korang semua akan tenang.. insyaAllah..

Thursday, July 17, 2014

Melangkah alam 20

Apa yang aku nak ceghita hari ni, semalam 16/07 maka dengan rasminya masuklah 20 tahun umur aku.. huhuhu.. okey, kini aku sudah melangkah ke alam 20.. Dunia baru.. no more kid dalam diri..hahahaha..ye la tu..

Terharu sebab diusia aku menjangkau 20 ni, ramai yang wish birthday aku.. huhuhu.. terharu sangat sebab ni adalah first time orang semua ingat hari lahir aku.. hahahaha.. Semoga mereka semua diberkati oleh Allah..

Untuk diri aku sendiri, semoga panjang umur, murah rezeki.. berjaya dalam hidup dunia dan akhirat.. dan yang paling pentung.. semoga dapat kawen dengan orang aku suka.. uihhh.. hahahaha.. ramai yang aku suka..jadi aku akan kawen semua laaa.. hahahaha.. (gurau)

Pada yang lahir sama tarikh dengan aku, aku ucapkan jugak Happy Birthday.. May Allah bless you..