Lepas tu,
bila kahwin ni mestilah ada kaitan dengan jodoh dan jugak cinta. Bila dah jodoh
tu dah sah sah kita kena kahwin dengan si dia tu..walaupun kita tak kenal dan
tak cinta langsung si dia.. tapi Allah dah kata ‘Dia amanah kau’.. jadi, mahu
ke tak kau harus jaga dia seeloknya agak kau tak menyesal dengan amanah yang
telah diberikan.. dan percayalah, jodoh tu sebenarnya ada dekat sangat dengan
kau, Cuma kau je tak perasan sehinggalah sampai satu saat ketika Allah dah
bukak pintu hati kau untuk melihat dia. Dan pada masa tu kau akan cakap kat dia
‘Laa, kau ke jodoh aku selama ni?’ kan, sweet gitu. Allah rahsia sekarang sebab
nak kau rasa esaited bila kau jumpa jodoh kau. Jadi, sesiapa yang tak ada
kekasih lagi tu, pandang pandanglah sebelah tu, mana tahu dia mungkin jodoh
kau. Opsss.. tapi kalau kau lelaki pandang kawan kau yang perempuan ye.. nanti
ramai ‘timbok’ aku sebab tersalah bagi tip.. heeee. Okey, habis dekat situ
tentang jodoh.
Sekarang
beralih pula pada cinta, cinta erm cinta.. sedalam mana pun cinta kau pada dia
kalau Allah kata ‘NO! dia bukan untuk kau’ bermakna sedalam lautan hindi atau
sebanyak bintang di langit sekali pun cinta kau pada dia, kau takkan dapat
bersama dengan dia. Tapi, ada yang mengatakan bahawa kita boleh jugak
mendapatkan dia dengan cara berdoa kepada Allah. Allah selalu mendengar
permintaan kau jika kau betul betul bersungguh nakkan si dia. Satu bonus kepada
kau jika jodoh yang kau dapat adalah orang yang kau cinta.. jadi kau harus
bersyukur dengan apa yang Allah bagi. Aku tak banyak sangat info tentang cinta
ni sebab aku belum pernah bercinta, jadi apa yang mampu aku kata:
‘Jika kau mencintai seseorang
cintailah sepenuh hati, jangan sepenuh jiwa kau, kerana jika kau putus kau
hanya sakit hati bukan sakit jiwa’
Kesimpulannya,
jika kau seorang lelaki, setelah kau shake tangan tok kadi bermakna kau dah
bersedia memikul semua tanggungjawab sebagai seorang suami. Jadi, apa apa pun
yang kau dengan isteri kau harungi, kau harus matang dan sabar kerana permulaan
perkahwinan ni memang banyak dugaanNya.
P/s:
Tahniah, selamat pengantin baru, dan
selamat bertunang kepada semua kawan aku yang dah melangkah ke alam yang
seterusnya tu. Semoga korang semua bahagia dan kekal hingga ke syurga. Doa
daokanlah untuk aku juga, semoga cepat sampai jodoh aku, tak dapat anak tan
sri, anak dato’ ok dah.. hahahaaha.. Peace.
