Monday, December 15, 2014

Apa yang kau fikir tentang kahwin?

Someone ask me in facebook, what do you think about married? Bagi akulah, perkahwinan tu adalah dua orang insan yang sanggup berkongsi segala rasa seumur hidupnya. Tak kiralah manis atau pahit.. yang penting tetap bersama hingga ke akhir hayat.
Lepas tu, bila kahwin ni mestilah ada kaitan dengan jodoh dan jugak cinta. Bila dah jodoh tu dah sah sah kita kena kahwin dengan si dia tu..walaupun kita tak kenal dan tak cinta langsung si dia.. tapi Allah dah kata ‘Dia amanah kau’.. jadi, mahu ke tak kau harus jaga dia seeloknya agak kau tak menyesal dengan amanah yang telah diberikan.. dan percayalah, jodoh tu sebenarnya ada dekat sangat dengan kau, Cuma kau je tak perasan sehinggalah sampai satu saat ketika Allah dah bukak pintu hati kau untuk melihat dia. Dan pada masa tu kau akan cakap kat dia ‘Laa, kau ke jodoh aku selama ni?’ kan, sweet gitu. Allah rahsia sekarang sebab nak kau rasa esaited bila kau jumpa jodoh kau. Jadi, sesiapa yang tak ada kekasih lagi tu, pandang pandanglah sebelah tu, mana tahu dia mungkin jodoh kau. Opsss.. tapi kalau kau lelaki pandang kawan kau yang perempuan ye.. nanti ramai ‘timbok’ aku sebab tersalah bagi tip.. heeee. Okey, habis dekat situ tentang jodoh.
Sekarang beralih pula pada cinta, cinta erm cinta.. sedalam mana pun cinta kau pada dia kalau Allah kata ‘NO! dia bukan untuk kau’ bermakna sedalam lautan hindi atau sebanyak bintang di langit sekali pun cinta kau pada dia, kau takkan dapat bersama dengan dia. Tapi, ada yang mengatakan bahawa kita boleh jugak mendapatkan dia dengan cara berdoa kepada Allah. Allah selalu mendengar permintaan kau jika kau betul betul bersungguh nakkan si dia. Satu bonus kepada kau jika jodoh yang kau dapat adalah orang yang kau cinta.. jadi kau harus bersyukur dengan apa yang Allah bagi. Aku tak banyak sangat info tentang cinta ni sebab aku belum pernah bercinta, jadi apa yang mampu aku kata:
            ‘Jika kau mencintai seseorang cintailah sepenuh hati, jangan sepenuh jiwa kau, kerana jika kau putus kau hanya sakit hati bukan sakit jiwa’
Kesimpulannya, jika kau seorang lelaki, setelah kau shake tangan tok kadi bermakna kau dah bersedia memikul semua tanggungjawab sebagai seorang suami. Jadi, apa apa pun yang kau dengan isteri kau harungi, kau harus matang dan sabar kerana permulaan perkahwinan ni memang banyak dugaanNya.
P/s: Tahniah, selamat pengantin baru, dan  selamat bertunang kepada semua kawan aku yang dah melangkah ke alam yang seterusnya tu. Semoga korang semua bahagia dan kekal hingga ke syurga. Doa daokanlah untuk aku juga, semoga cepat sampai jodoh aku, tak dapat anak tan sri, anak dato’ ok dah.. hahahaaha.. Peace.

No comments:

Post a Comment