Thursday, August 21, 2014

Biarkan dia pergi

jangan ubah diri kamu jika dia tidak pernah untuk melihat keikhlasan dalam diri kamu.. jangan pernah berharap kepada dia jika dia buta dalam menilai erti sebuah perhubungan.. jangan pernah merendahkan egomu jika egonya juga terlampau tinggi,,

biarkan...
biarkan...
biarkan..

Akan ada hari hari yang dia sendiri akan mencarimu.. yang akan merayumu.. jika kini kau yang penat melayannya..yakinlah suatu hari nanti dia yang rebah untukmu..

'Selamat tinggal, kau'

Sunday, July 27, 2014

Kenapa?

Kadangkala sebagai manusia kita mesti akan timbul rasa kenapa? dalam diri kita.. kenapa ia dijadikan begitu..kenapa ia dijadikan begini.. Hinggakan kita penat nak fikir... betul tak? Aku jugak tak lari dari semua tu.. aku juga selalu berfikir kenapa?? kenapa perlu ada tu? perlu ada ni? kenapa perlu ada perasaan? banyak yang kita tanya dalam hidup ni..

betul tak?? Tapi kalau nak posotif, ikot je jalan cerita Allah tetapkan.. nanti korang semua akan tenang.. insyaAllah..

Thursday, July 17, 2014

Melangkah alam 20

Apa yang aku nak ceghita hari ni, semalam 16/07 maka dengan rasminya masuklah 20 tahun umur aku.. huhuhu.. okey, kini aku sudah melangkah ke alam 20.. Dunia baru.. no more kid dalam diri..hahahaha..ye la tu..

Terharu sebab diusia aku menjangkau 20 ni, ramai yang wish birthday aku.. huhuhu.. terharu sangat sebab ni adalah first time orang semua ingat hari lahir aku.. hahahaha.. Semoga mereka semua diberkati oleh Allah..

Untuk diri aku sendiri, semoga panjang umur, murah rezeki.. berjaya dalam hidup dunia dan akhirat.. dan yang paling pentung.. semoga dapat kawen dengan orang aku suka.. uihhh.. hahahaha.. ramai yang aku suka..jadi aku akan kawen semua laaa.. hahahaha.. (gurau)

Pada yang lahir sama tarikh dengan aku, aku ucapkan jugak Happy Birthday.. May Allah bless you..

Tuesday, June 17, 2014

MUET

Esok SELASA.. aku ambik MUET.. Huhuhu.. Speaking pulak tu.. erkk.. aku bab bab speaking ni memang tak berapa nak betul sangat..hahaha.. nantikan ramai yang 'gelepa dodeng dodeng' dengar aku cakap omputih.. hahaha.. hadoiiihhh..

Apa apa pom.. aku harap aku mampu buat dengan terbaik.. InsyaAllah.. doa doakanlah semuanya.. Aamin..

Wednesday, June 11, 2014

Mulalah time aku belajar

Nahhh..tu diooo.. semester ni..aku belajar dengan buku ni.. tebal giler kottt.. huhuhu.. mahal pom mahal.. tapi apa apa pom tak kisahla kan..sebab nak belajar..hahaha.. AACR.. arghhhh..
Apa maksud AACR? hahaha..tolonglah googlekan sendiri.. hihihi...

Saturday, May 31, 2014

Kena kuat semangat...

Arggghh.. semester baru dah hampir nak mula..beberapa hari je lagi.. Malasnya aku rasa nak balik kampus.. padahal, kampus bukan jauh sangat pom.. tapi tu laa.. perasaan malas tu memang menguasai jiwa.. raga.. hahahaha..

Apa yang harus aku buat, kene kuat.. sebab nak senang nanti masa hadapan.. sekarang kita bersusah susah dahulu.. nanti hari depan kita senang laa..

Okey.. S.E.M.A.N.G.A.T.

Monday, May 26, 2014

Begitulah

'Pelajar'.. macam macam dugaan yang harus dilalui apabila memegang title seorang pelajar..
Banyak suka duka, tawa riang, cinta luka yang harus dilalui oleh seorang pelajar.. tidak kiralah pelajar tersebut menuntut di IPTA, kolej or dimana mana sajalah.. pasti ujian itu akan datang..

Begitu juga dengan aku.. tak terlepas dengan ujian ujian itu semua.. Tapiiiiiiiiiiiiii.. aku amat bersyukur kerana dalam aku menghadapi dugaan dan rintangan aku mempunyai banyak sumber yang kekuatan yang mampu membuat aku kuat.. Terima Kasih untuk semua..

Terima kasih Allah kerana memberi peluang untuk aku hidup dimuka bumiMu..
Terima Kasih Mak Ayah kerana selalu ada disampingku..
Terima Kasih 'cinta' kerana selalu menyokong diriku..
dannnnnnnnn....
Terima kasih sahabat sahabat, teman teman, kawan kawan.. kerana selalu ada dibelakangku..
Aku sayang kalian semua hingga ke syurga..