Tuesday, March 10, 2015

Dunia Manusia



Ada yang tanya bila aku nak update ‘blog’.. Maaflah, lame menyepi.. aku bukan apa, aku sibuk sikit sekarang ni.. Oo ye, Alhamdulillah dan sujud syukur kepada Allah s.w.t kerana aku dapat menyambung lagi pelajaran aku.. Aku sekarang berada dalam Ijazah Sarjana Muda.. Dalam bidang Sistem Maklumat.. Doakan aku semua semoga aku dipermudahkan semua perjalanan dalam mengharungi rintangan dan cabaran yang mendatang. Aamin.
Okey, hari ni aku nak cerita tentang beruntungnya kita kerana ada Allah.. kenapa? Sebab Allah adalah tempat yang selalu ada tak kiralah di lautan hindi mana pun kita, Allah itu ada.. Allah melihat kita, Allah mendengar kita, Allah memerhati perlakuan kita, keluhan kita.. Cuma, mungkin kita saja tak pernah perasan dengan kewujudan Allah dek kerana diri mungkin terlalu mengejar nikmat duniawi yang hanya kita pinjam daripada Allah. Allahuakbar.
Beruntung lagi kita bila Allah selalu menguji kita dengan dugaan dugaan.. Kenapa? Itu bermakna Allah sayang kepada kita, Dia ingin kita berbalik kepadaNya, taat kepadaNya,merayu kepadaNya,meminta kepadaNya.. Untungkan? Allah ambik perhatian kepada kita. Teramat beruntung..
Jadi, kepada mana mana hambanNya yang bersedih hati, gelisah hati, susah hati, banyak banyakkanlah mendekatkan diri kepada Allah.. Basahkan lidahmu dengan berzikir.. Ingat! Jika taka da seorang manusia pun ingin mendengarmu, percayalah Allah ada untuk kau sujud.

Salam manis/Salam sayang dari saya : J

No comments:

Post a Comment